AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki yang berusia 36 tahun mengaku bapa kepada 14 orang kanak-kanak meski pun tidak pernah melakukan hubungan seks.
Menurut laporan Daily Chilli, Trent Arsenault, pakar Teknologi Maklumat di San Francisco telah melakukan ‘kerja-kerja amal’ dengan mendermakan spermanya kepada pasangan yang tidak mempunyai anak selepas melancarkan laman web derma sperma miliknya pada tahun 2006.
Arsenault juga menjelaskan dia menggelarkan dirinya sebagai ‘penderma seksual’ dan sperma yang didermakan adalah 100 peratus tulen milik dirinya.
“Saya telah mencipta istilah ‘penderma seksual’ ini khas untuk diri saya. Malah, ia adalah 100 peratus milik saya dan dihasilkan dari ‘tenaga saya sendiri’ untuk diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Jadi, saya tidak mempunyai perkara lain untuk dilakukan selain aktiviti sosial ini,” kata Arsenault.
Selain itu, Arsenault telah mengaku dalam sebuah rancangan bual bicara, Anderson Cooper Chatshow, yang dirinya masih lagi teruna dan tidak pernah melakukan hubungan seks tetapi telah mempunyai anak seramai 14 orang hasil ‘buatan’ spermanya.
Di dalam rancangan itu juga, Arsenault telah dipertemukan dengan anak kandungnya, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 23 bulan, Analise untuk pertama kalinya.
“Saya cuba untuk tidak terlalu emosi. Saya amat gembira bahawa dia sihat dan dikelilingi oleg orang-orang yang penyayang. Saya berharap dia mempunyai sifat belas kasihan seperti ibu bapanya sekarang,” kata Arsenault.
Menurut media Amerika Syarikat (US), Arsenault telah diancam dengan hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak AS $ 100,000 (RM300, 000) pada Disember tahun lalu selepas The Food and Drug Administration (FDA) telah mendakwa dia gagal menggunakan alat pencegahan bagi mengelakkan tersebarnya penyakit serius sewaktu pemindahan sel tubuh manusia.
No comments:
Post a Comment